Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Bess Thai menang bergaya

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Bess Thai bangkit daripada ketinggalan 12 mata di belakang pada suku ketiga untuk merampas kemenangan 81-73 menentang Flowerdome dalam Kumpulan D, Kategori Terbuka, Kejohanan Bola Keranjang Low San, kelmarin.

    Pasukan Flowerdome dengan barisan pemain muda beraksi ganas terhadap Bess Thai dengan pemain nombor 1, Kelvin Chai beraksi cemerlang, menjaringkan 31 mata termasuk empat jaringan tiga mata.

    Walaupun begitu, Bess Thai tidak mudah mengaku kalah apabila Phuoh Wee Kit menyumbangkan 20 mata, Chong Chin Poh dan Welfred Phang masing-masing dengan 9 mata, dan Hong You Ming menambah 8 mata untuk kemenangan bergaya Bess Thai.

    Dalam perlawanan lain, pasukan Last Rite mudah menewaskan pasukan Parekoy 79-57 dalam Kumpulan C, Kategori Terbuka.

    Bess Thai bakal berdepan pasukan pilihan Propel X Yi’ Nation pada 14 November, manakala Last Rite akan bertemu Ekonic Sdn Bhd pada 18 November.

    Aksi pasukan Bess Thai bersaing dengan Flowerdome.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...