BEST, SSR aktif sertai acara berbasikal

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April – Bagi mengekalkan gaya hidup sihat dengan mengikuti beberapa aktiviti sukan, beberapa ahli Kumpulan Berbasikal BEST dengan gabungan Santai-santai Ride (SSR) bersama beberapa pengayuh basikal di negara ini telah menyertai Kayuhan Amal Masjid Besar Lawas 2019 di Perkarangan Masjid Besar Lawas, baru-baru ini.

Turut hadir bagi mengetuai rombongan kumpulan tersebut ialah Penasihat BEST, Song Khin Fha.

Lebih kurang 250 orang peserta telah menyertai acara kayuhan berbasikal anjuran Jawatankuasa Masjid Besar Lawas itu termasuk penduduk Lawas dan juga peserta dari negara ini yang menyaksikan Kayuhan Fun Ride sejauh 25km.

Sementara itu, antara ahli-ahli BEST bersama SSR juga turut menyertai acara berbasikal bersempena Connect2Earth yang diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, baru-baru ini.

Ahli-ahli BEST dan SSR merupakan kumpulan pengayuh basikal yang sentiasa bergiat aktif mengikuti pelbagai acara kayuhan di luar mahupun di negara ini. Dengan mengikuti kayuhan tersebut, ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua kumpulan berbasikal tersebut di samping dapat mengekalkan stamina ahli-ahli dalam bidang sukan ini.

Beberapa ahli BEST bersama SSR serta pengayuh basikal lain negara ini telah mengikuti Kayuhan Amal Masjid Besar Lawas 2019.