Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Betis kejutkan Real Madrid

    MADRID, 21 Sept – Antonio Sanabria menjaringkan gol pada minit akhir untuk menyerahkan kemenangan mengejut Real Betis 1-0 di gelanggang luar menentang Real Madrid semalam ketika juara Eropah itu gagal menjaringkan gol buat kali pertama dalam 74 perlawanan.

    Kekalahan tersebut menyaksikan Real ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu Barcelona dalam lima perlawanan dalam mempertahankan La Liga setelah gagal untuk memenangi semua tiga perlawanan di gelanggang sendiri setakat ini.

    Walaupun Cristiano Ronaldo kembalinya selepas lima penggantungan domestik, Real tidak dapat menembusi kekentalan pertahanan Betis ketika bekas penjaga gol Real, Antonio Adan menghasilkan penyelamat menarik menghalang percubaan Isco, Toni Kroos dan Gareth Bale.

    Dan Betis mengutip tiga mata penuh pada minit ke-93 apabila Sanabria melakukan tandukan kencang setelah menerima hantaran lintang Antonio Barragan.

    Ronaldo diturunkan semula dalam tiga pertukaran terhadap pasukan Madrid dari kemenangan 3-1 di Real Sociedad Ahad lalu ketika Zinedine Zidane menurunkan pasukan terkuatnya.

    Penyerang Real Betis, Arnaldo Sanabria (kanan) meraikan jaringan selepas berjaya membolosi gawang Real Madrid dalam paksi La Liga di stadium Santiago Bernabeu kelmarin. – AFP

    Bagaimanapun, pasukan pelawat yang menghasilkan permulaan menarik dan hampir berada di depan apabila rembatan Sanabria dikeluarkan dari garisan oleh Dani Carvajal.

    Keylos Navas juga mempamerkan penyelamat mengejutkan untuk menepis sepakan Fabian Ruiz. Pada satu sudut lain, Adan menghasilkan persembahan menarik untuk menafikan sepakan Isco sebelum akhir separuh masa pertama dan Betis memberikan persaingan selepas rehat.

    Rembatan Ronaldo hasil hantaran lintang Bale juga tersasar sebelum Kroos memaksa Adan untuk menyelamatkan satu lagi kedudukan.

    Saat menarik bekas penjaga gol Madrid itu adalah ketika menafikan rembatan Bale 15 minit sebelum tamat perlawanan ketika pemain dari Wales itu melakukan voli tetapi ditepis ke tiang gol.

    Betis akhirnya pasukan yang mendapatkan bola ke dalam jaring ketika perlawanan memasuki lima minit masa penamat dengan Sanabria terlepas dari perangkap ofsaid ketika menyudahkan rembatan Andres Fuardado.

    Bagaimanapun, mereka menembusinya sekali lagi seminit kemudian dan kali ini Sanabria sukar dinafikan ketika membuat tandukan kencang selepas mendapatkan hantaran lintang dari Antonio Barragan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda