Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Beto gadai nyawa demi Halimun

    Demi memenuhi impian dan kepuasan bergelar aktor, Beto Kusyairy sanggup menggadai nyawa apabila nekad melakukan aksi lagak ngeri tubuh terbakar (human torch) dalam filem arahan Muzzamer Rahman berjudul Halimun.

    Biarpun syarikat produksi agak keberatan untuk membenarkan Beto berbuat demikian, namun, Beto berkeras melakukannya.

    “Keputusan melakukan babak tubuh terbakar tanpa menggunakan khidmat pelakon aksi ngeri dibuat saat akhir, iaitu pada hari penggambaran.

    “Saya sudah lama pasang impian melakonkan aksi ngeri. Selepas mendapat persetujuan syarikat produksi dan yakin dengan mereka, saya nekad melakukannya.

    “Sebelum babak bermula, tubuh saya disapu dengan gel anti terbakar. Alhamdulillah, penggambaran lancar dan babak itu mengambil masa kira-kira dua saat sahaja.

    Beto sudah lama pasang impian melakonkan aksi lagak ngeri dan tekad melakukan babak tubuh terbakar. – Agensi

    “Apabila kita buat sendiri aksi ngeri, ia jadi suatu kepuasan untuk seseorang pelakon.

    Namun, itu bukanlah kayu pengukur untuk melabelkan seseorang pelakon itu hebat,” katanya kepada BH Online. Walaupun dalam keadaan berjaga-jaga, Beto atau nama sebenar, NurKusyairy Zakuan Osman, 42, mengalami kemalangan kecil apabila bibirnya melecur.

    “Ketika disapu dengan gel anti terbakar, saya kemam bibir saya. Akibatnya bibir saya melecur. Tapi tak adalah seteruk mana. Kecedaraan ‘minor’ sahaja,” katanya ditemui pada majlis tayangan filem Halimun di Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

    Ditanya apakah isterinya tahu tubuhnya terbakar dalam filem itu, tanpa berselindung pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini mengaku merahsiakan perkara itu.

    “Saya memang tak beritahu isteri kerana saya tidak mahu dia risau. Bagaimanapun selepas mendapat tahu gandingan saya dalam filem itu, Nabila Huda memuat naik klip saya terbakar itu dalam media sosial, saya terus hubungi isteri saya.” – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...