Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Beto tak anggap miliki kelebihan

    Bersaing dengan aktor nama besar rantau Asia Pasifik seperti Masaki Suda dari Jepun dan Jun Hae-In dari Korea Selatan sudah cukup membanggakan Beto Kusyairy, 42, yang bolos pencalonan akhir pada Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022 di Singapura, Disember depan.

    Beto yang tidak tahu dirinya dicalonkan penerbit pada anugerah itu, bakal bersaing dengan barisan aktor rantau Asia Pasifik dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik atas tiket drama Scammer 2 lakonannya.

    Beto atau nama sebenar, Nurkusyairi Zakuan Osman terharu aksinya dalam drama terbabit diiktiraf penganjur.

    “Saya bersyukur dan gembira dengan pencalonan ini. Sejujurnya, saya tidak tahu dicalonkan. Saya dapat tahu daripada teman produksi. Ini bukan sebarang anugerah. Acara ini adalah anugerah berprestij peringkat Asia Pasifik. Jadi, sudah tentu saya amat teruja melihat diri dicalonkan sebaris pelakon hebat lain,” katanya kepada media.

    Selain Beto, penangan watak Kirana dalam drama Dendam Seorang Isteri membawa tuah kepada Nad Zainal yang terpilih sebagai wakil Malaysia dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik pada AACA 2022. Nad dan Beto masing-masing diumumkan sebagai National Winner, lalu layak mewakili negara pada Malam Gala AACA 2022, bersaing dengan calon lain pada acara anugerah yang bakal berlangsung di Dewan Chijmes, Singapura, mulai 5 Disember depan.

    AACA 2022 dianjurkan bagi meraikan kandungan dan karya kreatif terbaik di rantau Asia Pasifik. Melihat kepada persaingan hebat, Beto bagaimanapun tidak menganggap dirinya memiliki kelebihan berbanding pelakon lain.

    Beto yang meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin 2015 melalui filem Gila Baby itu, mengakui tidak pernah mengejar anugerah sejak aktif berlakon, dua dekad lalu. – Agensi

    Beto terharu aksinya dalam drama Scammer 2 diiktiraf penganjur. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...