Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beto tidak cedera serius

    Pelakon Zahiril Adzim memaklumkan rakan seperjuangannya, Beto Kusyairy yang terbabit dalam kemalangan motosikal ketika menyertai konvoi Solidariti Wings Motogang Society ke Masjd Negeri Ipoh, Perak, baru-baru ini kini berada dalam keadaan stabil.

    Menurut Zahiril atau nama sebenarnya, Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 39, dia mengetahui perkembangan terkini pemenang trofi Aktor Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 itu menerusi panggilan video.

    “Kami ada berbual menerusi panggilan video tadi (semalam) dan Alhamduillah, Beto okey. Beto beritahu sudah buat ujian imbasan sinar X dan tiada apa yang serius.

    “Cuma ada seorang peserta konvoi yang turut terbabit dalam kemalangan itu perlu menjalani pembedahan. Kita doakan semoga semuanya selamat,” katanya kepada BH Online.

    Dalam pada itu, Zahiril turut memberitahu sepatutnya dia bersama Beto menyertai konvoi yang objektifnya memberi sokongan terhadap rakyat Palestin yang berdepan kekejaman Zionis Israel.

    “Sepatutnya saya ikut serta dalam acara konvoi ini kerana Beto ada ajak tapi tak dapat kerana saya ada penggambaran.

    “Kalau boleh saya naklah juga terbabit dalam acara yang membabitkan isu Palestin ini. Satu perkara yang sangat sedihlah buat semua hari ini,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Budak Flat lakonannya yang diadakan di Damansara Jaya, di sini semalam.

    Filem arahan Eugene Lim ini akan ditayangkan di platform penstriman Prime Video bermula 16 November ini.- Agensi

    Beto Kusyairy yang terbabit dalam kemalangan motosikal ketika menyertai konvoi Solidariti Wings Motogang Society ke Masjd Negeri Ipoh, Perak, baru-baru ini.- mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda