Better tawar promosi istimewa

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Sempena Pesta Pengguna ke-19 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Syarikat Better Sdn Bhd tidak ketinggalan mempamerkan model-model terkini yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan dengan beberapa promosi.

Sebanyak 15 model pelbagai jenama dipamerkan di kawasan Zon Biru termasuk kereta jenama Volkswagen Vento dan Scirocco; Toyota Fortuner dan Vios; Audi A4; Hyundai Creta dan BMW 520 dan 320.

Sepanjang Pesta Pengguna itu, Better turut mengadakan promosi istimewa bagi pelanggan yang ingin menyewa kereta-kereta mereka, dengan menawarkan mileage percuma, potongan $50 bagi 12 bulan perjanjian dan baucar membeli-belah Hua Ho bernilai $500.

Menurut jurucakap syarikat berkenaan, penyertaan Better dalam Pesta Pengguna kali ini adalah sebagai pendedahan kepada orang ramai mengenai produk-produk yang ditawarkan.

Pesta Pengguna ke-19 berlangsung sehingga 22 Januari ini dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Sebanyak 15 model kenderaan pelbagai jenama dipamerkan di kawasan Zon Biru di Pesta Pengguna ke-19.
Sebanyak 15 model kenderaan pelbagai jenama dipamerkan di kawasan Zon Biru di Pesta Pengguna ke-19.