Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Betty Rahmad bengang wajah anak disalah guna

    Pelakon Betty Rahmad meluahkan rasa kesal apabila wajah anaknya iaitu Ardy Wira digunakan tanpa kebenaran bagi tujuan mempromosikan produk makanan tambahan kanak-kanak.

    Menafikan iklan testimoni produk berkenaan, Betty atau Nursha Rahmad, 42, menegaskan dia tidak pernah memberikan anaknya itu sebarang makanan tambahan.

    “Tolonglah jangan meniaga dengan menipu macam ini, jangan terpedaya dengan iklan-iklan ini semua.

    “Saya tak pernah sapu apa-apa krim tantrum atau apa-apa pada Wira, bagi dia makan makanan tambahan untuk jadikan anak pandai.

    “Semuanya atas izin Allah dan kami berusaha keras untuk dia, jadi jangan percaya ya!” katanya dalam satu hantaran di Instastory pada Selasa.

    Betty memberitahu dia tidak pernah menggunakan sebarang produk untuk anaknya. – Agensi

    Menurut mStar, Betty menjelaskan perkara tersebut dengan memuat naik tangkap layar memaparkan iklan-iklan yang memaparkan wajah Wira sebagai testimoni.

    Sebelum ini, perkongsian video gelagat bijak kanak-kanak itu bercerita kisah nabi dan menyelesaikan soalan matematik sering mendapat pujian ramai.

    Warganet berpendapat, walaupun baru berusia lima tahun, tetapi Wira dikatakan lebih pintar daripada kanak-kanak lain seusianya.

    Dalam pada itu, Betty turut memberitahu dia mengamalkan beberapa petua bagi memastikan tumbesaran anaknya terjaga.

    Malah, Betty berkata tantrum itu normal untuk setiap kanak-kanak apatah lagi jika mereka belum boleh berkomunikasi dengan baik.

    “Saya percaya dan amalkan nak anak sihat, kena jaga dari semua sudut.

    “Yang penting ialah makanan yang sihat, tidur yang cukup, ibu bapa yang rajin berkomunikasi dan persekitaran.

    “Bab tantrum itu normal untuk budak-budak, kalau dia belum bertutur lagi kerap tantrum sebab mereka tak boleh luahkan apa yang dirasa,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda