Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Betulkah saya semakin cantik?’

    Bekas isteri pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengakui dirinya berada dalam keadaan baik selepas bercerai pada 5 September lalu.

    Bagaimanapun, memetik laporan Berita Harian, Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di Gombak, kelmarin enggan mengulas panjang.

    “Alhamdulillah, semuanya okay sahaja,” katanya ringkas.

    Bertanya lanjut, anak kepada pelakon Kazar Saisi itu berkata, dia sekarang banyak menerima tawaran buat ulasan produk dalam media sosial. Malah, turut menerima tawaran menyanyi.

    “Ketika ini, saya ambil ‘job’ sikit-sikit, pergi penggambaran dan buat ulasan produk.

    Tawaran berlakon tiada, tapi tawaran menyanyi itu adalah. Insya-Allah, mungkin saya akan keluar single,” katanya.

    Ketika ditanya mengenai komen warganet yang menyifatkan dirinya makin cantik selepas kembali solo, Ira hanya tersenyum sambil menitipkan ucapan terima kasih.

    “Betulkah saya semakin cantik? Saya tiada komen. Cuma, terima kasih atas komen baik, Alhamdulillah,” katanya.

    Terdahulu, Ira hadir bersama dua orang kakaknya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi tuntutan kos kehadiran. – Agensi

    Ira Kazar sekarang banyak menerima tawaran buat ulasan produk dalam media sosial. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda