Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Beyonce kongsi wajah anak kembar

PENYANYI terkenal Beyonce akhirnya memuat naik gambar anak kembarnya iaitu Sir Carter dan Rumi di Instagram.

Seperti kebiasaan Beyonce memilih cara paling unik untuk memperkenalkan anak-anaknya dan ia segera mendapat pujian peminat.

Diselubungi dengan kain dengan corak flora lengkap dengan selendang di kepala, Beyonce memangku anak-anaknya untuk diperkenalkan kepada dunia.

Sehingga kini, gambar tersebut sudah pun mendapat sembilan juta tanda suka berserta ucapan tahniah daripada pengikutnya di Instagram.

Beyonce dalam entri itu memberitahu anaknya kini genap berusia sebulan dan ia bermakna pasangan kembar itu dilahirkan pada 16 Jun lalu.

Beyonce bersama anak kembarnya, Sir Carter dan Rumi.
Beyonce bersama anak kembarnya, Sir Carter dan Rumi.

Sebelum ini Beyonce dan suaminya, Jay-Z berahsia mengenai kelahiran anak mereka selain jantina mereka sehingga menjadi tanda tanya peminat.

Semenatara itu, ibu Beyonce, Tina Lawson pula mengesahkan anaknya itu melahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan.

Malah Tina turut memberitahu dia lega Beyonce akhirnya mendedahkan mengenai anak kembarnya itu kepada umum.

Dalam perkembangan sama, peminat turut memuji bentuk badan Beyonce yang kelihatan menarik walaupun baru sahaja melahirkan cahaya mata.

Pasangan itu turut mempunyai anak perempuan iaitu Blue Ivy Carter yang kini berusia lima tahun.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -