Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    BFC sebagai platform pilih wakil beraksi di Thailand

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Jawatankuasa Pertandingan Futsal Persatuan Bola sepak Brunei Darussalam (FABD) menyasarkan Kejohanan Piala Futsal Brunei 2022 (BFC 2022) sebagai medan pilihan pasukan futsal yang layak mewakili negara untuk Kejohanan Kelab Futsal AFF 2022 di Bangkok, Thailand pada Ogos nanti.

    Perkara tersebut telah diumumkan oleh ahli Exco FABD selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertandingan FABD, Awang Abdul Adib bin Haji Abdul Khani pada majlis perjumpaan bersama pasukan-pasukan futsal di ibu negara, kelmarin.

    Wakil negara itu nanti akan diketahui menerusi persaingan dalam BFC 2022 yang akan bermula pada awal Julai ini.

    Sementara itu, BFC 2022 akan menyaksikan sebanyak 16 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan dan empat pasukan pada setiap pasukan. Persaingan tersebut akan menyaksikan dua pasukan teratas yang akan mara ke pusingan suku akhir dan bersaing dalam perlawanan kalah mati untuk layak ke separuh akhir.

    Awang Abdul Adib semasa majlis perjumpaan tersebut turut mengongsikan bahawa kejohanan BFC adalah sangat penting sebagai penanda aras kepada negara dan beliau berasa kagum dengan penyertaan pasukan untuk bersama-sama memberi persaingan di peringat serantau atau lebih daripada itu.

    Pada perjumpaan itu, beliau telah menggariskan perancangan jawatankuasa berkenaan untuk mengadakan kejohanan Piala Futsal FABD yang dijangka akan diadakan pada penghujung November ini untuk mencari 12 pasukan terbaik yang akan diserapkan dalam pasukan yang bakal beraksi pada kejohanan Liga Futsal Brunei 2023 nanti.

    Awang Abdul Adib semasa mengumumkan BFC bakal menjadi medan pilihan pasukan futsal yang layak mewakili negara untuk Kejohanan Kelab Futsal AFF 2022 di Bangkok nanti. Turut hadir ialah ahli Exco FABD yang lain.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...