Saturday, March 25, 2023
22.9 C
Brunei

-

BFI, Ghanim tandatangani MoU pasarkan baja urea

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar serahan Ghanim

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Brunei Fertilizer Industries Sdn Bhd (BFI) dan Ghanim International Corporation Sdn Bhd (Ghanim) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi baja urea yang dikeluarkan oleh BFI yang akan mula dipasarkan secara domestik.

MoU berkenaan menyokong aspirasi wawasan 2035 Negara Brunei Darussalam untuk memupuk negara yang sihat dalam meningkatkan hasil pelaburan dan produktiviti, serta mencapai hasrat negara untuk meningkatkan penghasilan produk pertanian tempatan yang mencukupi.

Inisiatif tersebut disokong oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mana ia akan membantu perkembangan sektor pertanian yang pada masa ini berhadapan dengan krisis global yang mengakibatkan meningkatnya harga baja import.

BFI yang terletak di Sungai Liang Industrial Park (SPARK), Daerah Belait adalah pengeluar baja urea berkualiti tinggi bertaraf dunia dengan kapasiti pengeluaran urea sebanyak 1,365,000MT setahun, dan menjadikannya salah satu kilang baja terbesar di Asia Tenggara.

Dengan MoU itu, baja urea BFI boleh didapati dari gudang penyimpanan Ghanim di Bunut dan dibungkus dalam beg 50kg.

Sehubungan itu, para petani yang ingin mendapatkan baja urea BFI boleh menghubungi talian hotline Ghanim dan membuat tempahan.

Wakil dari BFI dan Ghanim semasa majlis menandatangani MoU bagi baja urea yang akan mula dipasarkan secara domestik.
Wakil dari BFI dan Ghanim semasa sesi bergambar ramai selepas menandatangani MoU tersebut.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -