BGC adakan Pesta Keluarga

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-21 pada 9 Mac lalu, Brunei Gas Carriers (BGC) telah mengadakan Pesta Keluarga BGC di Colonade, Taman Permainan Jerudong, baru-baru ini.

Hadir pada sambutan itu ialah Pengarah Urusan BGC, John Cook yang berkesudian bergambar ramai bersama kakitangan serta rombongan dari Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) dan Persatuan ABLE.

Kanak-kanak berkenaan diberi peluang berseronok di taman permainan berkenaan atas tajaan BGC.

Hampir 1,000 orang mengunjungi pesta kali keempat itu yang menyediakan pelbagai aktiviti sekeluarga seperti tarik kalat, mewarna, bouncer termasuk pelbagai permainan yang disediakan di taman permainan tersebut.

Selain itu, para pengunjung juga dapat menikmati pelbagai jualan makanan dan minuman daripada beberapa vendor tempatan dan popular seperti the_krema, unclejs.grill, pizzaaldodici, milkcowbn, milkstachebn, znetic.waitinglounge, santaicribscafe, brothersngrill, chefsalleh.bn, realhalohalo, raes.bakehouse, melted.yellow, littleantiques87, icecream_sandwich.bn, thebananastory.bn, chickenpopit, fuyoohotdog.bn, diniewazif, ricardos.mexican.grill, Kumpulan PUTRA Seni, Rumah Pusaka Seni dan Keropok Lekor Tempatan.

Pesta Keluarga BGC diadakan untuk menyampaikan penghargaan kepada ke semua kakitangannya atas sokongan mereka kepada BGC.

Semasa pesta itu, kakitangan BGC turut mengambil peluang untuk memperluaskan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan menggunakan tali pinggang keledar dengan ‘Seatbelt Convincer’.

Antara yang hadir dalam sama-sama memeriahkan Pesta Keluarga BGC yang diadakan baru-baru ini.
Sebahagian kanak-kanak terlibat dalam pertandingan mewarna.