Tuesday, August 9, 2022
31.2 C
Brunei

BGC, BSJV, BMC bertahlil di kubah

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Syarikat Brunei Gas Carriers (BGC), Brunei Shell Joint Venture (BSJV) dan Syarikat Methanol Brunei (BMC), kelmarin, telah mengadakan majlis membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja.

Hadir sama ialah Pemangku Pengarah Urusan dan Pengurus Armada BGC, Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew; Pengurus Sumber Manusia BGC, Awang Mohd Khairol Amilin bin Haji Maidin; Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pengurus Unit Pengeluaran (Utiliti), Brunei LNG Sdn Bhd, Awang Raymin bin Othman; Pengurus Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE), Brunei LNG Sdn Bhd, Haji Amir Hamzah bin Pehin Dato Haji Abdul Rahman; Timbalan Pengarah Urusan dan Pengarah Komersial BSP, Haji Mohd Azmi bin Haji Mohd Hanifah dan Pemangku Pengurus HSE, BMC, Awang Abdul Wafiy bin Abdullah Komiti.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin diikuti bacaan tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Penasihat Perhubungan Pekerja BGC, Awang Asril Amin bin Ahmad.

Antara warga BGC, BSJV dan BMC yang menghadiri majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -