Wednesday, November 6, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BGC rai pembiayaan semula AS$149j daripada BIBD

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Brunei Gas Carriers (BGC) mencatatkan satu lagi mercu tanda bersejarah baginya apabila berjaya mendapatkan pembiayaan semula bagi kapal-kapalnya iaitu Arkat dan Amali dengan bank tempatan, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) sebagai pembiaya tunggal.

    Sehubungan itu, Majlis Meraikan Pembiayaan Semula Ka-pal Arkat dan Amali telah diadakan di Pejabat BGC, Jerudong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri dan wakil-wakil dari Mitsubishi Corporation, Syarikat Minyak Brunei Shell, Brunei LNG, Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam dan Darussalam Assets.

    Dalam kata alu-aluannya, Pengarah Urusan BGC, Kapten Abdul Mateen bin Abdurrahman Liew menyatakan atas usaha gigih dan dedikasi tidak berbelah bahagi, mereka telah mencapai mercu tanda luar biasa dalam industri maritim di mana acara itu menandakan kali pertama sebuah bank tempatan telah menyediakan pembiayaan pinjaman berjumlah kira-kira AS$149 juta bagi BGC untuk kedua-dua buah kapal berkenaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew, Kapten Abdul Mateen, Awang Junaidi serta jemputan khas bergambar ramai pada majlis tersebut. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Kapten Abdul Mateen menyampaikan ucapan alu-aluannya pada majlis berkenaan. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Awang Junaidi menyampaikan ucapan alu-aluannya di majlis berkenaan. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Kapten Abdul Mateen (kanan) dan Awang Junaidi (kiri) bertukar-tukar tanda penghargaan dengan disaksikan oleh YB Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew (tengah). – Gambar oleh Sim Y. H.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menghadiri Majlis Meraikan Pembiayaan Semula Kapal Arkat dan Amali yang berlangsung di Pejabat BGC, Jerudong, hari ini. – Gambar oleh Sim Y. H.

    Pencapaian luar biasa itu, tambahnya, mengukuhkan kedudukan BGC sebagai kuasa yang menonjol dalam sektor maritim dan amat berbangga dengan pencapaian itu.

    Beliau menerangkan lanjut bahawa pembiayaan semula kapal Arkat dan Amali membuat sumbangan yang signifikan kepada ekonomi tempatan di mana bukan sahaja perjanjian itu memberikan manfaat kepada negara secara keseluruhannya tetapi ia juga selaras dengan Wawasan Brunei 2035 yang bermatlamat untuk menubuhkan ekonomi yang dinamik dan mampan untuk negara.

    Sementara itu, Awang Junaidi dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa acara itu menandakan lebih daripada hanya satu transaksi kewangan tetapi ia merupakan simbol kepercayaan dan kerjasama yang wujud antara BIBD dan BGC serta menggariskan komitmen bersama untuk menyokong pembangunan dan kemakmuran ekonomi Brunei.

    Beliau menambah bahawa BIBD amat berbesar hati untuk memainkan peranan dalam memudahkan pembangunan ekonomi Brunei dalam menyokong peranan penting yang dimainkan oleh BGC.

    Menerusi kerjasama itu, ulasnya, mereka menegaskan komitmen BIBD untuk melengkapi usaha kerajaan membawa pertumbuhan ekonomi mampan sebagai sebahagian daripada sokongan mereka kepada Wawasan Brunei 2035.

    Semasa acara itu, majlis telah menyaksikan pertukaran tanda penghargaan antara Kapten Abdul Mateen dan Awang Junaidi dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda