BHC hargai sokongan peruncit

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Butra HeidelbergCement (BHC) Sdn Bhd buat pertama kalinya telah mengadakan Majlis Retailers Incentive Award yang berlangsung di Hotel Parkview, Jerudong, malam semalam.

Pengurus Kilang BHC, Dennis Javier dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peruncit atas sokongan mereka terhadap BHC sepanjang tahun ini dan sebelumnya.

Menurut beliau, BHC memberikan penghargaan ini bermula tahun lepas dan diberikan khas bagi semua peruncit Brunei Cement yang mencapai jumlah jualan yang ditetapkan pada 2018.

Seterusnya Dennis Javier turut mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah insentif jualan bagi 2018 dan kemudiannya menyampaikan anugerah berkenaan kepada para penerima.

Antara penerima anugerah pada malam tadi ialah AAW Sdn Bhd, AMS Hardware, Awinco Sdn Bhd Hardware, BQ Sdn Bhd, Citrine Enterprise, Goldunited Sdn Bhd, H Ware Station, Plum Wellcon Sdn Bhd, Sam Lim Sdn Bhd, Tamacon Hardware Sdn Bhd, TP Enterprise, Wei Aik Sdn Bhd, Wee Mey Trading Co dan Zimma Co Sdn Bhd. Acara turut dimeriahkan dengan permainan menarik serta cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak BHC.

Dennis Javier ketika menyampaikan anugerah kepada salah seorang wakil peruncit yang diraikan.