Bhutan laksana sekatan virus pertama

THIMPU, BHUTAN, 13 OGOS – Bhutan telah melaksanakan sekatan pertamanya di seluruh negara disebabkan jangkitan koronavirus menerusi seorang pengunjung yang pulang yang dibebaskan dari kuarantin.

Kerajaan mengeluarkan perintah tinggal di rumah untuk kira-kira 750,000 penduduknya, dan semua sekolah, pejabat dan bangunan komersial ditutup.

Menurut kenyataan kerajaan, sekatan akan dikuatkuasakan selama lima hingga 21 hari ‘untuk mengenal pasti dan mengasingkan semua kes positif, bertujuan mematahkan rantaian jangkitan.”

Wanita warga Bhutan berusia 27 tahun yang kembali dari Kuwait diuji negatif semasa kuarantin mandatori untuk pelawat yang tiba.

Namun di antara tempoh selepas beliau keluar dari kuarantin dan keputusan ujian positif pada Isnin, beliau dipercayai telah berkunjung secara meluas di Bhutan. Negara itu menutup sempadannya kepada pelawat asing pada Mac selepas seorang pelancong Amerika dimasukkan ke hospital dengan COVID-19.

Sebanyak 113 jangkitan kes yang dilaporkan di Bhutan adalah pelawat yang dikuarantin, kecuali seorang dengan keputusan ujian yang berbeza. – AP