Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    BIACC, YKL tandatangani Perjanjian Perkhidmatan Am

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – BIACC Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Darussalam Assets Sdn Bhd dan YKL Borong Runcit, sebuah e-peruncit berpangkalan di Malaysia, telah menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Am untuk pengendalian logistik e-bungkusan perdagangan dan penyediaan pergudangan di Depot Kontena Darat (ICD), Kuala Lurah, Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan BIACC, majlis penandatanganan perjanjian telah berlangsung di Ibu Pejabat BIACC di mana menandatangani bagi pihak BIACC ialah Pengurus Am, Haji Ariffin bin Haji Emran dengan disaksikan oleh Timbalan Pengurus Am, Jo Ann Emilda binti Haji Embran.

    Manakala itu, YKL Borong Runcit diwakili oleh Pengarah Pemasaran, Daniel Koh dan disaksikan oleh Pengurus Operasi, Azmi bin Mahrdan.

    BIACC adalah pengendali ICD di Sungai Tujuh dan Kuala Lurah, dan ia menawarkan pelbagai perkhidmatan logistik kepada komuniti kargo domestik dan antarabangsa dalam memudahkan pergerakan rentas sempadan bagi kargo eksport, import dan pemindahan secara lebih cekap, selamat dan terjamin.

    YKL Borong Runcit merupakan salah sebuah syarikat e-peruncit terbesar di Sabah berurusan dengan perabot DIY, perkakas rumah dan barangan plastik. BIACC dipilih oleh YKL kerana keupayaannya untuk melaksanakan keperluan e-dagang YKL Borong Runcit di Negara Brunei Darussalam. Dalam masa terdekat, YKL Borong Runcit merancang untuk menggunakan ICD di Kuala Lurah sebagai hab pemindahan dan pengedaran untuk barangan import yang dihantar ke kawasan Sarawak.

    Dokumen perjanjian yang telah ditandatangani oleh Haji Ariffin mewakili pihak BIACC Sdn Bhd dan Daniel Koh mewakili YKL Borong Runcit. – Gambar serahan BIACC Sdn Bhd
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...