Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Biarawati dipenjara curi AS$800,000 biayai perjudian

    LOS ANGELES, 8 FEB – Seorang biarawati tua yang mencuri lebih AS$800,000 untuk membiayai tabiat perjudian dan percutian mewah dijatuhi hukuman penjara setahun di California semalam.

    Mary Margaret Kreuper, 80, berjanji akan menjalani kehidupan miskin apabila dia mengangkat sumpah enam dekad lalu.

    Namun sebagai pengetua sekolah rendah Roman Katolik berhampiran Los Angeles, dia memindah AS$835,000 daripada dana sekolah untuk membayar percutian sambil berjudi di Los Angeles, mahkamah diberitahu.

    Dia juga menggunakan wang tersebut untuk mengadakan kunjungan ke resort mewah seperti Tasik Tahoe, di mana pelancong kaya berkumpul untuk belayar pada musim panas dan meluncur pada musim sejuk.

    “Saya telah berdosa, saya telah melanggar peraturan dan saya tidak mempunyai alasan,” beritahu Kreuper kepada mahkamah, menurut Los Angeles Times.

    Gambar menunjukkan Sekolah Katolik St James di Torrance, California. Seorang biarawati yang mencuri lebih AS$800,000 untuk membiayai perjudian dan percutian mewah dipenjarakan setahun di California kelmarin. – AFP

    Dia berkata jenayah yang dilakukannya ‘mencabul janji saya, undang-undang dan kepercayaan yang telah diberikan oleh orang ramai terhadap saya.’

    Kreuper mengaku melakukan penipuan dan penggubahan wang semasa perbicaraan pada tahun lalu.

    Mahkamah diberitahu bagaimana wang tersebut dihantar ke sekolah untuk membayar tuisyen dan sumbangan amal sebaliknya disalurkan kepada akaun rahsia yang dikawal oleh Kreuper.

    Apabila juruaudit mengugut akan mendedahkan komplot tersebut, Kreuper memberitahu pekerja supaya memusnahkan dokumen, menurut mahkamah.

    Peguam Kreuper, Mark Byrne meminta mahkamah supaya anak guamannya dibenarkan menjalani hukuman di biara di mana dia ditahan sejak jenayahnya terbongkar pada 2018. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...