Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Biasakan belia dekati Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Masjid Kampung Lambak, Berakas melalui Pergerakan Biro Belia dan Beliawanis telah mengadakan program tadarus belia dari masjid ke masjid, baru-baru ini.

    Pada 14 April lalu, program berkenaan diadakan di Masjid Utama Mohamad Salleh, Pekan Bangar, Daerah Temburong, manakala itu pada 16 April, ia diadakan di Masjid Pehin Datu Imam Haji Mokti, Burong Pingai Ayer.

    Seramai 50 orang belia dan beliawanis berdaftar telah mengikuti program tersebut.

    Acara didahului dengan sembahyang fardu Asar berjemaah dan majlis tadarus dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran daripada juzuk 12.

    Kemudian, acara diselajurkan dengan berbuka puasa bersama para pegawai, ahli jawatankuasa masjid dan para jemaah di kedua-dua masjid berkenaan serta para belia dan beliawanis Masjid Kampung Lambak.

    Tadarus dan iftar berkenaan merupakan aktiviti tahunan Kumpulan Belia dan Beliawanis Masjid Kampung Lambak yang bertujuan untuk meningkatkan syiar Islam dan meningkatkan lagi amal ibadat di bulan Ramadan.

    Antara belia yang menyertai majlis tadarus dari masjid ke masjid berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...