Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Biawak dalam sangkar ayam ditangkap

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Seekor biawak berukuran lebih kurang 2 meter panjang dan berat 10kg telah berjaya ditangkap dalam sangkar ayam di Kampung Parit Belayang, Temburong, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), enam orang anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba Bangar, dengan diketuai oleh ASO Haji Yussof bin Haji Jerudin, telah dikejarkan ke tempat kejadian.

    Anggota bomba berjaya menangkap haiwan tersebut dengan menggunakan snare catcher dan seterusnya melepaskan haiwan berkenaan di kawasan yang jauh dari tempat kawasan perumahan bagi memastikan keselamatan orang awam.

    Oleh itu JBP menyarankan orang awam agar jangan sesekali menghampiri atau berhasrat untuk mengancam binatang berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

    Anggota bomba bersama biawak yang ditangkap di Kampung Parit Belayang, Temburong, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...