Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Biawak spesies purba ditemui di Daerah Temburong

    Oleh Nurdiyanah R.

    TEMBURONG, 23 OKT – Satu penemuan yang tidak dijangka sekali gus menandakan pencapaian terbaharu dalam bidang sains dan penyelidikan biodiversiti dan alam sekitar negara telah dicatat apabila seorang pembantu kajian lapangan Universiti Brunei Darussalam (UBD) menemukan fosil hidup semasa berada di Daerah Temburong.

    Borneo Earless Monitor (Lantha-notus borneensis) adalah sejenis biawak endemik Borneo yang jarang ditemui, satu-satunya spesies yang diketahui dalam keluarga Lanthanoidae, spesies biawak purba.

    Ini adalah kali pertama spesies biawak berkenaan ditemui di Negara Brunei Darussalam. Haiwan unik itu ditemui oleh Justin Jeffrey dan Jerry Wong ketika menempuhi keadaan cuaca ribut petir berserta hujan yang lebat untuk mencari reptilia pada 4 Oktober lalu. Kedua-dua mereka terjumpa spesies biawak tersebut di hutan primer di Ulu Temburong yang sedang berpaut pada akar pokok berhampiran aliran sungai deras.

    Menyedari kepentingan penemuan itu, Justin berkata haiwan berkenaan semestinya unik kerana ia berkulit kasar dan memiliki ekor yang boleh mencengkam.

    Penemuan ini menyerlahkan lagi nilai impak berterusan Fakulti Sains (FOS) UBD dan Institut Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar (IBER) dalam sains dan pemuliharaan.

    Menurut Profesor Dr Ulmar Grafe, pakar dalam kajian amfibia dan reptilia dari FOS, menyatakan ini mungkin penemuan reptilia terbesar yang ada di negara ini.

    Pertama kali ditemui pada tahun 1878 di Kuching, Sarawak, haiwan ini dianggarkan telah wujud sejak pertengahan Cretaceous atau 100 juta tahun.

    Meskipun namanya, ia mampu mendengar, walaupun ia tidak mempunyai telinga luaran yang boleh dilihat. Sama seperti ular, haiwan berkenaan mempunyai lidah bercabang yang digunakan untuk menghidu makanan.

    Setakat ini, haiwan bersaiz kecil berkenaan hanya boleh ditemui di kawasan tanah rendah pantai utara Sarawak dan Kalimantan Barat.

    Pembantu kajian lapangan Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menemui spesies biawak yang jarang ditemui, Borneo Earless Monitor di Daerah Temburong baru-baru ini. Spesies biawak itu tidak mempunyai telinga namun mampu mendengar. – Gambar serahan UBD.
    Justin dan Jerry bergambar bersama Borneo Earless Monitor.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...