Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    BIBD alu-alukan Ramadan dengan Sirah Amal ke-12

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menamatkan aktiviti tahunan Sirah Amal bagi tahun ke-12 dalam semangat mengalu-alukan kehadiran bulan suci Ramadan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, di sini.

    Kenyataan menyatakan bahawa kakitangan bank berkenaan telah bergabung bersama-sama untuk melawat 100 buah kediaman bagi menyumbangkan barangan bantuan dalam bentuk baucar membeli-belah dan sumbangan dalaman seperti makan dan barangan Hari Raya untuk menyokong persiapan semasa Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

    Sumbangan dalaman itu, jelas kenyataan, telah dikumpulkan daripada bahagian-bahagian bank masing-masing. Kenyataan menerangkan lanjut bahawa penerima merangkumi pelajar-pelajar BIBD ALAF sebanyak 60 buah rumah dan mualaf yang kurang bernasib baik sebanyak 40 buah rumah yang diperoleh menerusi kerjasama dan penyelarasan erat dengan Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Sirah Amal ke-12 bermula pada 18 Mac lalu dengan lawatan ke rumah keluarga-keluarga di Daerah Brunei dan Muara serta dilaratkan kesemua daerah lain di seluruh negara dengan acara kunjung terakhir diadakan pada 1 April lalu dan diketuai oleh Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman.

    Walaupun keadaan negara semakin baik berikutan dengan penularan pandemik COVID-19, kakitangan bank berkenaan masih mengamalkan dan memastikan kepatuhan ketat kepada langkah-langkah pencegahan termasuk penjarakan sosial dan fizikal.

    Ketua Pegawai Pemasaran BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar mengulas bahawa mereka merasa gembira dapat mengalu-alukan kedatangan bulan suci Ramadan dengan meneruskan acara amal tahunan mereka.

    Beliau berkata, Sirah Amal BIBD menyediakan platform baik untuk mereka berkongsi rezeki khususnya dengan mereka yang kurang bernasib baik, supaya mereka juga dapat menikmati bulan perayaan bersama dengan orang-orang yang dikasihi.

    Rombongan BIBD bergambar ramai semasa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. – Gambar serahan BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...