Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    BIBD anjur Finale Forum SME360

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Finale Musim Forum SME 360, yang dihoskan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) akan diadakan pada 1 Julai di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Episod terakhir forum 10 bahagian yang bertajuk The New Frontier itu akan diadakan sebagai salah satu acara Pameran dan Persidangan Pertengahan Tahun Brunei 2022 (Brunei MYCE 2022).

    Forum pada sebelah pagi akan mengetengahkan penceramah-penceramah daripada Kumpulan Perbankan Korporat BIBD iaitu Awang Abdul Azim bin Haji Mohammad yang akan menjadi ahli panel bagi perbincangan mengenai Greatest Lessons from SME360, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Digital Korporat, Haji Shamri bin Haji Metali yang akan menjadi ahli panel semasa forum bertajuk, Why Responsibility Matters?

    Sementara itu, semasa sesi petang bertajuk Vision & Leadership Disiplines in the New Frontier, BIBD akan diwakili oleh Ketua Pengurusan Hubungan Korporat, Andy Lim.

    Ucaptama penutup akan disampaikan pada hujung forum berkenaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Kumpulan BIBD.

    Hajah Noraini semasa memberikan penjelasan kepada Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin di petak pameran BIBD pada persidangan yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini. – Gambar serahan BIBD

    Selain itu, Pemangku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman akan menyampaikan ucapan pembukaan pada majlis berkenaan.

    Sebagai salah satu rakan kongsi utama Brunei MYCE 2022, BIBD mengambil bahagian dalam Minggu Ekonomi dengan menghoskan Pameran dan Finale Musim Forum SME360 di Pavilion BIBD.

    BIBD juga akan mengadakan bengkel bertajuk, Bridging the Gap: Financing Growth pada 29 dan 30 Jun di mana ia akan dikendalikan oleh pegawai-pegawai kanan daripada Kumpulan Perbankan Korporat.

    Sehubungan dengan itu, BIBD mengalu-alukan orang ramai khususnya pemilik peniagaan dan perniagaan pemula untuk menghadiri forum berkenaan bagi mendapatkan pandangan, perspektif dan ilmu pengetahuan tentang cara terbaik untuk mengemudi perniagaan ketika kita menyesuaikan diri kepada norma baharu.

    Orang ramai dan pelanggan BIBD juga boleh melawat Pavilion BIBD untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barisan perkhidmatan dan produk perbankan korporat dan runcit BIBD termasuk BIBD Aspirasi 4 dan penyelesaian BIBD SME360. Turut mengetengahkan inisiatif serta produk terkini ialah BIBD Securities Sdn Bhd.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...