BIBD anjur seminar korporat

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk membantu para pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memahami produk-produk mesra perniagaannya, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengadakan seminar korporat selama dua hari di Kelab Rekreasi Diraja Brunei.

Seramai 100 orang peserta dari 50 buah syarikat menghadiri seminar berkenaan yang bertujuan untuk berkongsi dan mengemas kini ciri-ciri perbankan digital seperti BIBD BizNet, Quickpay dan Fleet Card yang direka untuk kemudahan perniagaan.

Juga hadir ialah wakil dari Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang memberikan penerangan mengenai Permit Permohonan Buruh serta wakil dari Cendana, BAG Networks yang menyediakan platform All-in-one Business.

Antara peserta yang mengikuti seminar yang diadakan oleh BIBD, baru-baru ini.