Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    BIBD bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan kumpulan syarikatnya, hari ini, mengadakan majlis tahlil khusus untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

    Mengetuai rombongan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku pengerusi Lembaga Pengarah BIBD.

    Bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Pegawai Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Mohamad Hasnal bin Haji Mohamad.

    Turut menyertai majlis ialah Penolong Mufti (Buhuth) di Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusof selaku pengerusi Badan Penasihat Syariah; Timbalan Pengarah Urusan BIBD, Awang Irwan bin Lamit serta ahli-ahli Badan Penasihat Syariah, pengurusan dan kakitangan BIBD.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew mengetuai rombongan majlis tahlil di Kubah Makam Diraja.- Gambar serahan BIBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...