Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    BIBD galak belia lebih cergas

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Sebagai inisiatif ke arah pembangunan komuniti yang lebih sihat dan sejahtera sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) melalui Community for Brunei telah mengadakan Forum Kesihatan Belia secara maya, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, forum berkenaan juga diadakan bagi memperingati Hari Kesihatan Sedunia sebagai sebahagian daripada Kempen Negara Mapan SME360 dan merupakan kerjasama dengan Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan Jab Gym.

    Forum menyasarkan para peserta yang terdiri daripada golongan pelajar bagi mendengarkan pandangan bernas daripada tiga orang pakar dalam bidang kesukanan.

    Ahli-ahli panel terdiri daripada peninju profesional dan jurulatih kecergasan serta ahli dalam Pasukan GB, Sammy McNess yang juga pernah mewakili England dan Great Britain selama empat tahun, mengembara ke dunia melawan juara Continental, Dunia dan Olimpik.

    Beliau juga mempunyai pengalaman lebih 100 pertarungan secara keseluruhan dan 30 daripadanya adalah pertandingan antarabangsa di seluruh dunia.

    Forum berkenaan menampilkan atlet-atlet berpengalaman yang berkongsi padangan mereka. – Gambar serahan BIBD

    Ahli-ahli panel lain ialah pelari pecut negara dan Olimpik, Awang Firdaus Ar Rasyid dan jurulatih kecergasan berkaliber dan diperakui NASM dengan Jab Gym Brunei, Awang Alim Roslan, yang mana kedua-duanya berkongsi pandangan mereka sepanjang forum tersebut.

    Para atlet membincangkan pelbagai topik seperti bagaimana untuk bermula sebagai atlet kebangsaan atau jurulatih dalam industri kecergasan, disiplin dan motivasi yang diperlukan sebagai atlet berprestasi tinggi serta selok-belok dalam industri kecergasan secara umum.

    Ketua Pegawai Pemasaran BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar dipetik berkata, forum berkenaan adalah sebahagian daripada usaha BIBD untuk memperkasakan belia dengan membuka minda mereka kepada laluan berbeza secara meluas yang begitu bermanfaat kepada mereka selepas berjayanya sesi persekolahan mereka nanti.

    “Walaupun kami sentiasa menekankan kepentingan pendidikan sebagai asas kepada kehidupan seseorang, namun kini, terdapat pelbagai pilihan yang tersedia untuk belia selepas mereka menamatkan pendidikan mereka.

    “Ini termasuk profesion dalam industri kecergasan serta berpotensi menjadi atlet profesional. Kami berharap forum ini mewujudkan nilai-nilai inspirasi bagi meningkatkan maklumat tentang hala tuju masa depan yang mungkin diingini oleh belia kita untuk menerokainya,” tambahnya.

    Jelasnya, di bawah Kempen Negara Mapan SME360 dan forum berkenaan khususnya, mereka berharap dapat menggalakkan golongan keluarga lebih cergas mencapai gaya hidup yang lebih sihat dan kesihatan fizikal dan mental secara keseluruhan sebagai salah satu kunci komponen kemapanan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...