Friday, March 21, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD hargai rakan kongsi

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Untuk meraikan dan mengukuhkan lagi hubungan dengan rakan-rakan strategiknya, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) baru-baru ini mengadakan Hari Penghargaan Rakan Kongsi, yang diadakan dua hari, pada 13 dan 17 Februari lalu.

    Acara yang diadakan di Daerah Brunei dan Muara dan Kuala Belait itu dihadiri oleh tokoh penting daripada kedua-dua sektor awam dan swasta merentasi pelbagai industri, sekali gus mencerminkan komitmen BIBD terhadap kerjasama menyeluruh.

    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri dan pasukan pemimpin kanan bank mengalu-alukan kedatangan tetamu dan mengiktiraf sumbangan mereka secara peribadi.

    BIBD mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh rakan kongsi dalam pembangunan ekonomi Brunei dan secara aktif menjalin kerjasama dengan organisasi yang berkongsi nilai dan komitmen mereka terhadap matlamat negara.

    Kerjasama itu amat penting dalam memudahkan projek-projek yang selaras dengan nilai-nilai teras BIBD dan matlamat negara yang digariskan dalam Wawasan Brunei 2035.

    Di samping itu, kerjsama tersebut membolehkan BIBD dan rakan-rakannya memberi sumbangan kepada ekonomi Brunei yang dinamik dan mampan, sekali gus membuka jalan kepada negara yang lebih makmur dan berjaya.

    ATAS & BAWAH: Antara tetamu yang hadir semasa Hari Penghargaan Rakan Kongsi baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    GAMBAR SERAHAN BIBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda