BIBD hulur sumbangan
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Bagi meningkatkan usahanya dalam menyokong pembangunan dan keperluan pendidikan masyarakat, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) kelmarin telah menyerahkan sumbangan kepada Sekolah Rendah Nakhoda Abdul Rashid di Kampung Menunggol. Sumbangan dalam bentuk buku itu telah diserahkan oleh Ketua Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas BIBD, Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah


































