BIBD hulur sumbangan kepada kem. Pendidikan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menyumbangkan sebanyak 1,000 botol pensanitasi tangan dan 1,000 pasang sarung tangan kepada Kementerian Pendidikan dalam majlis penyampaian sumbangan yang berlangsung di Dewan Persidangan 1, Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan pada 23 Mei lalu.

Hadir untuk menerima sumbangan berkenaan dan menyampaikan sijil penghargaan ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman.

Pada majlis berkenaan, sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan BIBD, Mubashar Khokhar.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr Haji Azman bin Ahmad; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr Chin Wei Keh; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan di Kementerian Pendidikan, Dayang Marina Chek binti Bujang, timbalan pengarah urusan serta pegawai-pegawai kanan dari BIBD.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah menerima sumbangan daripada BIBD yang disampaikan oleh Mubashar Khokhar. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan