Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    BIBD Promosi fesyen beretika

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Community for Brunei, kini menganjurkan Digital Pop-Up Market Thrift Store yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan fesyen beretika dan harapan untuk menggalakkan tabiat mesra alam bagi menyesuaikan diri semasa berfesyen.

    Menurut kenyataan BIBD, acara yang diadakan secara maya tersebut dianjurkan sebagai sebahagian daripada Kempen Negara Mapan, inisiatif #SME360 bersama BIBD dan Community for Brunei yang menampilkan pendekatan seluruh negara untuk mencipta tindakan kecil tetapi berkesan bagi memerangi krisis perubahan iklim dan bergerak ke arah ekonomi sirkular.

    Bermula kelmarin, pelanggan berpeluang untuk membeli pilihan fesyen terpakai hebat yang terdapat di laman web Community for Brunei dalam Pop Up Digital Market Flash Sale dengan kerjasama Thryffy.

    Ketua Pegawai Pemasaran BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar dipetik berkata, “Matlamat akhir Kempen Negara Mapan adalah untuk menuju ke arah ekonomi sirkular dan menggalakkan budaya mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula. 

    “Melaluinya, kami berharap dapat menggalakkan pengguna tempatan berfikir tentang kesan fesyen pantas terhadap alam sekitar dan mengurangkannya dengan mencari cara untuk mengintegrasikan tabiat mesra alam ke dalam kehidupan seharian sama ada dengan menggunakan semula, mengitar semula atau membeli barangan terpakai dengan tujuan untuk memanjangkan hayat produk fesyen mereka yang mana sebaliknya akan dibuang ke tapak pelupusan sampah,” jelasnya.

    Sebanyak 16 vendor tempatan menyertai acara tersebut termasuklah Driptrift, Ellie Closet Co., Kastah Thrift, llychce.bn, Paper Petals BN, Preloved.nest, Thriefters, Thrift with Nin (Nin’s Stash), winaxsarah, Little Things Spree, Rotate, La Vida, Loved by Na, Masks N More, Amirah’s Fantasy, Rizki Biskita dan banyak lagi akan menyertai tidak lama lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...