BIBD rekod keuntungan hampir $148 juta

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 April – Bank Islam Negara Brunei Darussalam (BIBD), institusi kewangan Islam terbesar di negara ini, telah mengumpulkan saiz aset lebih daripada $10 bilion, angka yang setanding antara bank Islam terbaik di rantau ini.

BIBD juga mencatatkan keuntungan rekod sebanyak $147.9 juta pada tahun 2018.

Statistik ini dikongsi semasa Majlis Malam Tahunan yang dihoskan oleh bank untuk kakitangannya.

Semasa acara itu dijalankan, BIBD juga meraikan kejayaannya sebagai bank pilihan pertama di negara ini.

Pengarah Urusan BIBD, Mubashar Khokhar dalam ucapannya mengongsikan pencapaian bank tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan mengakui kejayaan BIBD merupakan sumbangan semua orang yang terlibat.

BIBD menyampaikan penghargaan kepada kakitangan dan pihak berkepentingan dari masa lalu dan kini yang mana pencapaian kejayaan mereka ditentukan daripada pencapaian utama pekerjanya, pelanggan dan pihak berkepentingan.

Melalui tinjauan lapangan kerja dalaman bank tersebut mendedahkan bahawa lebih daripada 83 peratus stafnya gembira dan bangga menjadi pekerja bank berkenaan dengan lebih daripada 74 peratus mengatakan bahawa BIBD adalah tempat yang bagus untuk bekerja.

BIBD kini menguasai kedudukan pasaran domestik yang mana bank tersebut menyumbang kepada 61 peratus keuntungan perbankan Brunei sebelum cukai pada tahun 2018.

Keupayaan bank untuk mengekalkan penilaian A- S & P sejak 2015 juga menandakan keberkesanan dan kestabilan bank tadbir urus korporat, penilaian risiko dan pengurusan penggunaan amalan terbaik antarabangsa.

Mubashar Khokhar menyampaikan anugerah kepada Ketua Perbankan Korporat BIBD, Koh Swam Sing di atas perkhidmatannya selama 35 tahun.
Pihak pengurusan dan kakitangan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) bergambar ramai pada Majlis Makan Malam Tahunan BIBD.