Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD SEED beri peluang ibu kurang berkemampuan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) kini membukakan peluang kepada ibu-ibu yang kurang berkemampuan untuk menyertai Program BIBD SEED yang akan berjalan selama sembilan bulan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, pemilihan calon untuk kohort keempat Program BIBD SEED telah bermula pada 23 Jun dalam akan berjalan sehingga 8 Julai ini.

    Kenyataan menjelaskan, program antara lain bertujuan untuk membantu ibu-ibu yang kurang berkemampuan untuk berjaya dan menjadi pengusaha yang berdaya tahan di peringkat tempatan dan juga global.

    Ia juga sebagai platform peningkatan kapasiti bagi ibu-ibu yang tidak memiliki sarana ke arah pembangunan pengembangan usahawan Muslimah yang memiliki ciri-ciri seperti menjaga diri.

    Kenyataan menyatakan, minggu lalu, BIBD telah mengadakan taklimat dengan pihak berkepentingan program berkenaan yang terdiri daripada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Program Pemerkasaan Zakat Asnaf (PROPAZ), Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Pusat Dakwah Islamiah (PDI).

    Matlamat jangka panjang program adalah untuk melihat peserta berdikari dari segi kewangan seterusnya memberi sumbangan yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara ini.

    Objektif BIBD SEED merangkumi pengembangan modal insan untuk mewujudkan usahawan yang berjaya selain meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan melalui inovasi dan automasi dengan amalan perniagaan terkini.

    Selain itu, meningkatkan keadaan hidup mereka melalui kecerdasan perniagaan, pengetahuan dan perdagangan yang optimum untuk menyesuaikannya dengan ekosistem perniagaan.

    Pada 2019, BIBD SEED memenangi Anugerah ‘3G Women Empowerment Programme’ pada Global Good Governance Awards ke-4.

    BIBD membukakan peluang kepada ibu-ibu yang kurang berkemampuan untuk menyertai Program BIBD SEED yang akan berjalan selama sembilan bulan. – Gambar serahan BIBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda