Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

BIBD sokong pembangunan modal manusia ASEAN

-

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Sebagai sebahagian daripada sokongan kepada komitmen Brunei untuk menyumbang dalam pembangunan modal insan ASEAN, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mengambil bahagian dalam bengkel yang dianjurkan oleh ASEAN Business Advisory Council Brunei (ASEAN BAC) semalam.

Bengkel maya itu merupakan sebahagian daripada program pelatih di bawah projek Brunei Harnessing Impact with Resilient Employability Digitally juga dikenali sebagai HIRED.

Menurut kenyataan yang diterima dari BIBD, hari ini, HIRED dibangunkan oleh ASEAN BAC dengan kerjasama ASEAN Future Workforce Council (AFWC). Ia adalah inisiatif perkongsian awam swasta yang bertujuan menyediakan platform latihan digital dalam talian dan mentor untuk belia, penganggur dan pekerja yang berusaha mempertingkat kemahiran upskill atau reskill.

HIRED berhasrat membantu bagaimana syarikat boleh memenuhi keperluan kemahiran mereka dan menawarkan pekerjaan mampan dalam era digital. Menerusi penglibatan perniagaan, ia mewujudkan gabungan baharu untuk latihan yang menggunakan potensi teknologi digital.

Matlamat bengkel dan perbincangan meja bulat adalah untuk memahami pasaran pekerja dengan mengkaji kekosongan berkaitan peranan penganalisis data; mengenal pasti dan memahami jurang kemahiran dan mencari kekurangan kemahiran serta mengkaji standard perantisan profesional dan kelayakan.

Bengkel juga dianjur untuk membabitkan majikan mengenai corak program yang menggabungkan pengalaman kerja dengan pencapaian program perantisan yang sesuai berkaitan dengan peranan kerja penganalisis data; memeriksa dan membina rangkaian majikan dan institusi latihan yang berminat untuk menyertai projek perintis HIRED; meluluskan rangka kerja untuk penyertaan majikan dan stakeholder; membincang kemampuan majikan untuk menawarkan penempatan kerja kepada pelajar; menetapkan pelan tindakan yang jelas untuk pembangunan standard profesional dan pelaksanaan program perintis.

Penyertaan dalam bengkel ini adalah penting bagi BIBD tatkala ia berusaha mencari contoh bagaimana analisis data digunakan dalam industri kewangan.

Ketua Pegawai Maklumat BIBD, Awang Adi Shamsul bin Haji Sabli yang mewakili BIBD pada bengkel itu, berkongsi pengalaman bank dalam mengumpul data, di mana menyimpan dan membersihkan data dilakukan oleh kumpulan pengurusan data yang berlainan dengan penganalisis data.

“BIBD menimbang untuk menambah kemahiran kakitangan kami dalam analitis data dan ingin mencadangkan program perantisan sebagai satu kaedah untuk melaksanakannya.

BIBD juga berasa gembira untuk bekerja dengan program HIRED bagi membangunkan program perantisan dan standard untuk Analitis Data,” kata beliau.

Bank juga mempelajari mengenai cabaran menggaji penganalisis data berkelayakan dengan pengalaman relevan dan pengetahuan dalam sektor kewangan. Kesediaan digital adalah salah satu strategi penting BIBD dalam merangka hala tuju masa depan sebagai sebuah organisasi serta dalam menyokong Wawasan Brunei 2035 untuk membangunkan bakat manusia yang berkemahiran tinggi.

Kenyataan menambah HIRED juga berhasrat menyediakan pelajar dan pekerja ASEAN dengan peluang latihan berkualiti yang diakses dalam talian. HIRED juga mempromosi gerakan global ke arah peningkatan kerja digital dan dalam talian serta promosi kolaborasi antarabangsa dan menjalankan perniagaan rentas sempadan.

BIBD juga Rakan bersama Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN yang akan diadakan pada minggu depan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -