Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengembangkan lagi rangkaian perkhidmatan perbankan layan sendiri dengan menempatkan mesin ATM ke-61 dan CDM ke-22 di Daerah Tutong.
Pelancaran perkhidmatan berkenaan yang ditempatkan di Aras Bawah Kompleks Berjaya, Jalan Pengiran Haji Ahmad, Kampung Petani, Daerah Tutong, adalah bagi kemudahan para pelanggan di kawasan daerah berkenaan, selaras dengan usaha BIBD untuk mendekati para pelanggannya.
Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan BIBD, produk dan promosi, ikuti mereka di akaun media sosial atau hubungi 2238181 atau kunjungi cawangan BIBD berdekatan.