Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) tidak terlepas memeriahkan Pesta Pengguna ke-25 yang telah dilancarkan di Bridex, Jerudong, hari ini, dengan menawarkan pelbagai promosi menarik dengan peluang memenangi hadiah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, pengunjung dapat memenuhi cita-cita mereka menerusi BIBD Aspirasi dan memohon kad kredit BIBD baharu, dengan deposit BIBD Aspirasi, pelanggan akan dapatkan baucar daripada The Coffee Bean & Tea Leaf serta peluang untuk memenangi cabutan hadiah bulanan dan hadiah utama berupa wang tunai $250,000.
Selain itu, BIBD tidak akan mengenakan sebarang bayaran tahunan bagi permohonan kad kredit sehingga tiga tahun dan pelanggan juga akan mendapat kemasukan dalam Kempen Impian BIBD.
Bagi mereka yang mendaftar bagi pembiayaan peribadi baharu akan mendapat pengecualian bayaran pemprosesan 100 peratus dan secara tidak langsung menyertai kempen BIBD Impian Pengunjung Pesta Pengguna juga akan dapat menikmati penyelesaian pembayaran digital BIBD melalui BIBD NEXGEN bagi menyokong kaedah pembayaran tanpa tunai yang disediakan semasa acara berkenaan.
Sebagai sebahagian daripada Kempen Go Digital! BIBD, pelanggan yang menggunakan pembayaran tanpa tunai BIBD seperti QuickPay BIBD dan kad-kad BIBD akan berpeluang mendapatkan hadiah segera dengan menunjukkan resit atau tangkapan skrin transaksi mereka.

Sebagai tambahan, pelanggan yang belum mengaktifkan kad maya BIBD mereka, boleh melakukannya di petak BIBD semasa Pesta Pengguna dan mendapat $5 secara percuma sebaik mengaktifkan kad.
Sementara itu, BIBD Securities, syarikat sekuriti pertama di Brunei dan anak syarikat milik penuh BIBD, juga menawarkan potongan 60 peratus bagi caj jualan dana.
Sehingga 40 orang pelanggan bertuah juga berpeluang memilih dan memenangi hadiah setiap hari semasa memohon mana-mana produk dan perkhidmatan BIBD atau penyertaan dalam Kuiz Keselamatan Siber IT semasa Pesta Pengguna berkenaan. Kuiz berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya keselamatan siber dan menunjukkan komitmen BIBD dalam melindungi keselamatan pelanggan daripada ancaman siber.
BIBD juga mengalu-alukan pengunjung untuk mengambil bahagian dalam kempen Instagram Snap, Post & Claim di mana pelanggan boleh mengambil gambar di petaknya dengan tema Hari Raya Kampung BIBD untuk memeriahkan lagi suasana Hari Raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah selaku pengerusi BIBD dan kumpulan syarikat-syarikatnya telah mengadakan lawatan ke petak BIBD semasa majlis pembukaan Pesta Pengguna berkenaan, hari ini. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pihak pengurusan kanan BIBD.