BIBD tekankan kepentingan kesihatan mental

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), semalam, mengadakan ceramah motingurus kesihatan mental dengan lebih baik memandangkan situasi pandemik semasa.

Ceramah maya yang diadakan untuk orang ramai dengan tajuk Mental Health in Islam: Time to Prioritise Our Mental Health itu disampaikan oleh Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid.

Ia merangkumi pandangan menyeluruh tentang kesihatan mental dari perspektif perubatan dan Islam.

Ceramah motivasi itu merupakan sebahagian daripada siri yang telah dijalankan selama beberapa minggu untuk menyokong Hari Kesihatan Mental Sedunia.

BIBD sentiasa percaya dan menyokong kepentingan kesihatan mental sebagai sebahagian daripada Maqasid Syariah dan dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan penduduk global yang baik dengan antara lain, menamatkan wabak dan penyakit berjangkit lain seperti COVID-19.

BIBD menjemput Awang Muhammad Yussof untuk menyampaikan ceramah motivasi mengenai kesihatan mental.