Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD terima pengiktirafan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), baru-baru ini, telah diumumkan sebagai bank paling selamat di Brunei oleh Global Finance, majalah kewangan yang terkemuka.

    BIBD dalam kenyataan yang diberikan menjelaskan bahawa bank-bank dipilih menerusi penilaian terhadap rating mata wang asing jangka masa panjang, daripada Moody’s, Standard & Poor’s dan Fitch, serta jumlah aset 1,000 bank terbesar di seluruh dunia.

    Penerbit dan Pengarah Editorial Global Finance, Joseph Giarraputo dipetik berkata, “Bagi 2020, dunia telah dilanda pandemik COVID-19, penurunan drastik aktiviti ekonomi dan dalam sebilangan kes, pergolakan sosial yang serius. Sebarang perkembangan boleh memberikan impak terhadap nilai kredit sesebuah bank.

    “Bagaimanapun, kedudukan relatif bank-bank terbesar dunia dalam senarai Bank-bank Paling Selamat Dunia 2020 Global Finance sebahagian besarnya stabil. Kita hanya boleh mengagak mengenai bila, atau jika, perubahan akan berlaku. Sementara itu, ranking-ranking akan digunakan oleh syarikat-syarikat, pelabur dan individu untuk mengukur keselamatan relatif bank-bank yang mereka pilih untuk menjalinkan perniagaan,” tambahnya.

    Kenyataan menyatakan, pengiktirafan terkini berkenaan menggambarkan kedudukan BIBD sebagai institusi kewangan terbesar Brunei dan pemimpin pasaran dengan kunci kira-kira yang kukuh.

    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Mubashar Khokhar berkata, “Alhamdulillah, kami di BIBD berbesar hati dengan pengiktirafan ini, yang tidak mungkin dicapai tanpa kepercayaan dan sokongan kakitangan, pelanggan dan pihak berkepentingan.

    “Pencapaian ini, Insya Allah, akan menggalakkan kami untuk berusaha ke tahap lebih tinggi dan mengukuhkan komitmen kami untuk menjadi rakan dalam perkembangan bagi negara dan rakyat Brunei Darussalam,” tambah beliau.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda