Monday, October 3, 2022
23.6 C
Brunei

BIBD terus sokong usaha tangani penularan

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) meneruskan sokongannya kepada usaha negara dalam menangani penularan wabak COVID-19 dengan penyerahan beberapa sumbangan kepada agensi-agensi barisan hadapan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, di sini, hari ini, Ketua Pegawai Pemasaran BIBD, Hajah Nurul Akmar binti Haji Mohd Jaafar mengambil bahagian dalam penyerahan scrub daripada Dayang Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussin dari FERA Health & Nursing Care kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Awang Abdol Azis bin Haji Ahad.

Turut hadir semasa penyerahan itu ialah Shinny Chia dari Community for Brunei.

Kenyataan menjelaskan bahawa sebahagian daripada sumbangan scrub berkenaan dikutip menerusi platform Community for Brunei. Laman sesawang Community for Brunei yang baru dikemas kini itu membolehkan organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk mengumpul dana menerusi sebuah platform digital.

Orang ramai yang mengunjungi platform tersebut akan boleh melihat NGO yang sedang mengumpul dana pada masa ini, di mana dana berkenaan akan disalurkan serta berapa banyak yang diperlukan oleh NGO berkenaan untuk mencapai matlamat mereka.

Kenyataan seterusnya menyatakan bahawa BIBD turut menyerahkan 10 unit troli yang boleh dilipat kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) di mana bantuan itu dihasratkan untuk membantu dalam memindahkan catuan makanan daripada Pusat Belia Bandar Seri Begawan, yang pada masa ini digunakan sebagai pusat pengagihan makanan untuk mempersiapkan dan mengagihkan catuan makanan, kepada keluarga dan kediaman mereka yang di bawah Perintah Kuarantin atau yang sedang menjalani pengasingan
diri.

Disebabkan peningkatan jumlah mereka yang menjalani kuarantin, diharapkan dengan sumbangan yang dihulurkan berkenaan akan memudahkan lagi usaha-usaha pemindahan yang sedang dilaksanakan oleh sukarelawan-sukarelawan belia.

Kenyataan menyatakan bahawa bantuan berkenaan diserahkan oleh Penasihat Protokol dan Hubungan Kerajaan BIBD, Pengiran Haji Suhardy bin Pengiran Haji Nordin.

Selaras dengan komitmen bank sebagai rakan dalam pembangunan, BIBD sentiasa melengkapi usaha-usaha kerajaan dan menghulurkan bantuan untuk membantu dalam usaha negara menentang COVID-19.

BIBD turut menyerahkan troli yang boleh dilipat kepada KKBS yang dihasratkan untuk membantu dalam memindahkan catuan makanan daripada Pusat Belia Bandar Seri Begawan.- Gambar serahan BIBD
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -