Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri masih hangat dirasakan walaupun ia sudah memasuki minggu terakhir Syawal dengan majlis-majlis rumah terbuka semakin giat dianjurkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Sementara itu, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) juga tidak ketinggalan meraikan sambutan Aidilfitri hari ini bersama pelanggan-pelanggan dan rakan kongsi di Indera Samudra Hall, The Empire Hotel & Country Club.
Hadir di majlis berkenaan ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah BIBD dan penasihat syariah. Turut hadir mengalu-alukan kedatangan tetamu ialah Pengarah Urusan BIBD Musbashar Khokhar.