BIBD tingkatkan kesedaran program CSR

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), baru-baru ini, telah menyertai Hari Terbuka Pusat Pembangunan Masyarakat Kampung Bolkiah untuk mendekati serta berinteraksi dengan penduduk Kampung Bolkiah dan untuk memberikan motivasi kepada mereka supaya meningkatkan kemahiran diri serta pengetahuan mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, di sini, hari ini, bank berkenaan menerusi ahli pasukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menghadiri acara yang diadakan di Pusat Pembangunan Masyarakat Kampung Bolkiah pada 22 Ogos lalu. Semasa acara itu, pasukan CSR berkenaan telah meningkatkan kesedaran mengenai program-program CSR BIBD termasuk BIBD ALAF dan Program Pembangunan Keusahawanan Memperkasa Ibu-ibu Kurang Berkemampuan Istimewa BIBD (BIBD SEED).

Pusat Pembangunan Masyarakat Kampung Bolkiah ialah sebuah projek di bawah Inisiatif Ristaan Abadi, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan kerjasama Projek Big BWN.

Pasukan CSR BIBD semasa menyertai Hari Terbuka Pusat Pembangunan Masyarakat Kampung Bolkiah pada 22 Ogos lalu. – Gambar serahan BIBD