Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIBD wakili Brunei dalam IFSB 2017

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) baru-baru ini mewakili Negara Brunei Darussalam pada Mesyuarat-mesyuarat Tahunan Islamic Financial Services Board (IFSB) 2017 yang dihoskan oleh Bank Negara Malaysia.

    Menurut kenyataan BIBD, mesyuarat-mesyuarat tahunan itu termasuk satu seminar mengenai ‘Kewangan Islam dan Peraturan Global: Menggerakkan Sasaran dan Wawasan Baru’ di mana Ketua Hubungan Kerajaan dan Projek-projek Khas BIBD, Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan menyampaikan pembentangan mengenai kemunculan Fintech dan manfaat-manfaatnya terhadap kewangan Islam.

    Haji Minorhadi mengulas mengenai penyertaannya dipetik sebagai berkata, “Alhamdulillah, kami berbesar hati BIBD dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara berprestij ini bersama pengawal-pengawal selia global, pemain-pemain pasaran, akademik-akademik, agensi-agensi rating dan pihak-pihak industri berkepentingan.

    “Kami juga amat berterima kasih bahawa kami berupaya untuk menjadi sebahagian daripada perbincangan-perbincangan yang membenarkan kami untuk memperkayakan preposisi pelanggan kami untuk berada dalam kedudukan untuk lebih memahami dan memanfaatkan peluang-peluang yang akan datang, terutamanya dalam ruang Fintech.”

    Haji Minorhadi ketika menyampaikan pembentangannya.
    Haji Minorhadi ketika menyampaikan pembentangannya.
    Mesyuarat yang dihadiri oleh pengawal-pengawal selia global, pemain-pemain pasaran, akademik-akademik, agensi-agensi rating dan pihak-pihak industri berkepentingan.
    Mesyuarat yang dihadiri oleh pengawal-pengawal selia global, pemain-pemain pasaran, akademik-akademik, agensi-agensi rating dan pihak-pihak industri berkepentingan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda