Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    BIBDS beriga pelaburan mapan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – BIBD Securities Sdn Bhd (BIBDS), hari ini, telah mengadakan acara klien untuk memberikan gambaran dan pandangan tentang pelaburan mampan kepada pelanggan.

    Ia juga dianjurkan untuk memperkenalkan Dana Peruntukan Fleksibel Global ESG Momentum Arabesque Q3.17 yang telah dilancarkan pada Disember tahun lalu dan memberi gambaran lanjut tentang potensi penawaran dana itu.

    Semasa acara di Hotel Radisson itu, wakil dari BIBDS dan Arabesque menyampaikan beberapa sesi taklimat kepada para tetamu.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksektif Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Awang Junaidi bin Haji Masri.

    Pemangku Pengarah Urusan BIBDS, Jason Wong dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, acara itu bertujuan untuk memperkenalkan dana berkenaan kepada pelanggan sedia ada dan bakal pelabur serta membantu mereka memahami lebih lanjut tentang dana baharu itu.

    Menurut beliau, pelancaran dana itu hanyalah satu daripada banyak inisiatif yang mereka lakukan, sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja Kemapanan Kumpulan BIBD.

    “Ia adalah dana ESG patuh syariah pertama yang tersedia di Brunei, memberi peluang kepada pelanggan untuk menambah nilai dalam cara yang patuh syariah dan mampan.

    “Objektif kami mudah, kami mahu menjadi rakan kongsi pelaburan sepanjang hayat pelanggan kami, menawarkan penyelesaian pelaburan yang mampan dan jangka panjang kepada semua pelanggan kami,” tambahnya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, dana berkenaan adalah strategi berbilang aset yang dipelbagaikan secara global yang menyepadukan kriteria kemapanan material dan analisis saham dipacu AI dari bawah ke atas dalam proses pelaburan berasaskan peraturan.

    Antara yang hadir semasa acara anjuran BIBDS berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...