Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    BIBDS komited promosi literasi kewangan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Sebagai komitmen berterusannya dalam meningkatkan kesedaran mengenai literasi kewangan bagi membantu orang awam membangunkan asas kewangan yang kukuh, BIBD Securities (BIBDS) telah mengadakan Seminar Kesedaran Kewangan secara maya, baru-baru ini.

    Seminar yang diadakan dengan kerjasama Pusat Penga-jian Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Brunei Darussalam (UBD) itu disertai oleh kira-kira 200 orang, menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBDS, hari ini.

    Salah seorang panel seminar berkenaan, Pengarah Urusan BIBDS, Haji Muhammad Yazid bin Dato Paduka Haji Mahadi antaranya menekankan peranan BIBDS dalam mewujudkan platform pengurusan aset patuh syariah bertaraf dunia dengan celik kewangan menjadi teras BIBDS.

    “Di BIBDS, mempromosikan literasi kewangan sentiasa menjadi salah satu asas teras kami.

    Menjadi misi kami untuk membantu pelanggan dengan menyediakan kepelbagaian portfolio penyelesaian pelaburan patuh syariah dengan baik, ditambah lagi dengan perkhidmatan perancangan kewangan yang ditempah khas,” jelasnya.

    Beliau turut menyatakan dengan pasaran global yang tidak stabil dan persekitaran kadar rendah pada masa ini, mereka berusaha untuk menyediakan jalan alternatif bagi para pelanggan mengembangkan kekayaan mereka dalam jangka panjang. Turut menjadi ahli panel seminar berkenaan ialah Ketua Pengurusan Aset Institusi, Jason Wong; Pengurus Perhubungan BIBDS, Abegail Lo dan Pengurus Aset Berbilang BIBD Asset Management, Dayang Nur Ezza binti Haji Mohd Hani serta Awang Mohd Adrian bin Dr Hj Azaharaini dari BIBD Asset Management selaku moderator sepanjang empat sesi seminar berlangsung.

    Seminar berkenaan merangkumi asas pelaburan dan juga perbincangan panel interaktif yang memberikan gambaran tentang aktiviti harian BIBDS, menetapkan pemikiran pelaburan dan begitu juga dimuatkan mengenai aspek pendekatan pelaburan yang berbeza.

    Barisan ahli panel semasa Seminar Kesedaran Kewangan yang berlangsung secara maya. – Gambar serahan BIBDS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...