Bicara kes 1MDB Najib pada 13 Mei

KUALA LUMPUR, 4 MEI – Kes perbicaraan berprofil tinggi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.3 bilion akan bersambung pada 13 Mei dengan mematuhi garis panduan mahkamah terbuka ekoran wabak COVID-19.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah akan bermula pada 9 pagi seperti yang dijadualkan dengan semua pihak harus mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh mahkamah.

“Kami telah diarahkan untuk duduk di tempat yang telah ditetapkan dalam mahkamah terbuka dan mematuhi pe-nandaan jarak sosial yang telah dibuat,” katanya melalaui mesej WhatsApp. – Bernama