Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bicara kes bunuh ditangguh

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Kes empat lelaki tempatan yang didakwa atas kematian seorang lelaki tempatan di kawasan Pos Kawalan Kuala Lurah pada awal tahun ini, ditangguhkan oleh Mahkamah Majistret sehingga 6 Jun.

    Permohonan penangguhan dibuat pihak pendakwaan yang terdiri daripada Shamshuddin bin Haji Kamaluddin, Sharon Yeo dan Siti Nurjauinah binti Haji Kula di hadapan Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman.

    Moryadi bin Haji Raya, 42, dan Yusree bin Haji Yaakub, 38, berdepan tuduhan melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Haji Aziz bin Haji Johara, 44, di kawasan Pos Kawalan Kuala Lurah antara jam 12 dan 12:15 tengah malam, pada 12 Januari 2017.

    Sementara itu, Supariddin bin Haji Mat Jinin, 45, dituduh bersubahat dengan Moryadi dan Yusree untuk menghasut beberapa individu termasuk Moryadi dan Yusree untuk berkumpul di kawasan pos kawalan tersebut untuk tujuan mencederakan Haji Aziz.

    Manakala itu, Haji Tuah bin Haji Tarip, 54, didakwa bersubahat dengan memaklumkan beberapa individu termasuk Moryadi dan Yusree akan keberadaan Haji Aziz ketika itu.

    Dalam sebutan, Moryadi dan Supariddin diwakili Peguam Sheikh Noordin bin Sheikh Mohammad manakala Yusree diwakili Peguam Ahmad Zakaria dan Peguam Rudi Lee mewakili Haji Tuah.

    Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh berdepan hukuman mati di bawah Seksyen 302 dan 109.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda