Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Bickerstaff didenda AS$15,000

    CLEVELAND, 5 APRIL – Jurulatih Cleveland Cavaliers, JB Bickerstaff didenda AS$15,000 oleh NBA kerana mengkritik pegawai berikutan kekalahan malam Ahad lalu kepada Philadelphia 76ers.

    Kecewa dengan ketidakkonsistenan dalam keputusan dan Sixers mendapat 42 balingan percuma, Bickerstaff berkata perlawanan tersebut ‘diambil’ daripada Cavs, yang cuba mengekalkan tempat bermain dalam play-in nombor ketujuh dengan baki seminggu dalam musim biasa.

    Bickerstaff juga kecewa kerana kekasaran yang tidak dilakukan terhadap bintang pemain Sixers, Joel Embiid pada saat-saat akhir dengan kemenangan 112-108 Philadelphia. Pemain pengawal Cavs, Darius Garland membuat jaringan mudah dengan Cavs ketinggalan satu mata.

    Sementara itu, mengenai laporan dua minit yang dikeluarkan kelmarin, pihak liga bersetuju dengan Bickerstaff dan berkata Embiid sepatutnya dipanggil kerana melakukan kekasaran.

    Bagaimanapun, Bickerstaff merasa terganggu dengan percanggahan balingan percuma apabila Sixers mencuba melakukan 42 balingan percuma kepada 31 cubaan untuk Cavs. Embiid pergi membuat percubaan percuma 21 kali, dan James Harden mencuba sebanyak 12 kali cubaan.

    “Kami berhak memenangi perlawanan tersebut. Perlawanan berkenaan ‘dicuri’ daripada kami, dan kami berhak memenanginya,” kata Bickerstaff pada Ahad lalu. “Kami melakukan kerja yang hebat secara pertahanan, menjadikan dua pemain terbaik mereka menghadapi masa yang sukar di dalam gelanggang.

    “Tetapi satu perkara yang awda tidak boleh pertahankan ialah jumlah balingan percuma. Itu tidak masuk akal dan pemain kami berhak mendapat yang lebih baik daripada apa yang mereka dapatkan malam ini.”

    Cavs berada di Orlando pada malam hari ini. – AP

    JB Bickerstaff didenda AS$15,000 oleh NBA kerana mengkritik pegawai berikutan kekalahan pasukannya pada malam Ahad lalu kepada Philadelphia 76ers. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...