Bida tuan rumah bersama Piala Dunia Wanita

MELBOURNE, 13 DIS – Australia dan New Zealand melancarkan bidaan bersama untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita 2023, yang mana para pegawai berkata ia akan membantu memaksimumkan sukan wanita di rantau ini.

Badan pentadbir FIFA merancang untuk menambah bilangan pasukan kepada 32 pasukan untuk kejohanan daripada 24 pasukan dalam acara tahun ini di Perancis dan format dua negara akan dapat membantu dengan fixtures tambahan, kata mereka.

“Australia dan New Zealand mempunyai sejarah yang berjaya dalam kedua-dua pementasan dan tuan rumah bersama acara sukan antarabangsa utama,” kata Menteri Sukan Australia, Richard Colbeck.

“Kami mempunyai infrastruktur, kepakaran dan semangat untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia Wanita 2023.”

Dia menambah, dengan membawa kejohanan itu ke Australia akan memperkukuhkan komitmen kerajaan untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai perempuan dan wanita menyertai sukan.”

Lapan negara telah menyatakan minat untuk menganjurkan kejohanan 2023, menurut kenyataan FIFA iaitu, Argentina, Brazil, Colombia, Jepun, Korea Selatan dan Afrika Selatan.

Menteri Sukan New Zealand, Grant Robertson berkata bidaan bersama, di bawah slogan ‘As One’, merupakan satu peluang untuk kedua-dua negara mempamerkan komitmen mereka untuk sukan wanita.

Keputusan mengenai tuan rumah dijangka diumumkan pada bulan Mei. – AFP