Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bidaan Barca buang masa – Klopp

    HONG KONG, 23 Julai – Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu Barcelona mereka mensia-siakan masa mereka untuk cuba menandatangani pemain utama dari Brazil, Philippe Coutinho (gambar), tidak mengira berapa pun tawaran yang ditawarkan.

    Klopp sudah menolak bidaan $93 juta untuk Coutinho, yang menjaringkan gol kemenangan Liverpool 2-1 dalam kemenangan Trofi Asia Liga Perdana ke atas Leicester City di Hong Kong semalam.

    Barca bersedia untuk menguji pendirian Liverpool dengan meningkatkan tawaran tetapi Klopp memberitahu gergasi Catalan itu untuk tidak perlu mencuba lagi.

    “Jika saya berkata dia bukan untuk dijual, maknanya dia bukan untuk dijual,” pengurus dari Jerman itu memberitahu media British.

    “Tidak ada yang perlu untuk dikatakan. Ia adalah keputusan kelab, ia adalah keputusan saya. Ia adalah bagaimana ia berlaku.”

    Liverpool menjual Luis Suarez kepada Barca dan Raheem Sterling kepada Manchester City sejak beberapa tahun lalu tetapi Klopp bertegas apabila ditanya jika dia menerima jaminan dari lembaga bahawa Coutinho bukanlah seterusnya.

    “Saya boleh menyatakannya 20 kali, dia bukan untuk dijual,” kata Klopp, yang masih kecewa dalam usahanya untuk mendapatkan pemain tengah pasukan Leipzig, Naby Keita dan pemain pertahanan Southampton, Virgil van Dijk ketika jendela pertukaran.

    “Jika anda bertanyakan soalan lain dan saya berkata, ‘tidak ada jaminan’, anda menghasilkan cerita lain. Apa pun berlaku dari pihak mereka, saya menyatakan dia bukan untuk dijual. Anda boleh mengatakan apa yang anda mahu. Jawapannya adalah ‘bukan untuk dijual’.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda