Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Biden: batal rancangan kurangkan cukai satu kesilapan

    PORTLAND, 16 OKT – Presiden Joe Biden kelmarin menggelar rancangan pemotongan cukai yang dibatalkan oleh Perdana Menteri Britain Liz Truss sebagai ‘kesilapan’, dan berkata beliau bimbang dasar fiskal negara lain mungkin menjejaskan AS di tengah-tengah ‘inflasi seluruh dunia’.

    Biden berkata ia ‘boleh diramal’ bahawa perdana menteri baharu baru-baru ini terpaksa membatalkan rancangan untuk memotong cukai secara agresif tanpa mengenal pasti penjimatan kos, selepas cadangan Truss menyebabkan kegawatan dalam pasaran kewangan global.

    Ia menandakan kritikan luar biasa oleh presiden AS terhadap keputusan dasar domestik daripada salah satu sekutu terdekatnya.

    “Bukan saya seorang sahaja yang menganggap ia satu kesilapan,” kata Biden. “Saya tidak bersetuju dengan dasar tersebut, tetapi itu terpulang kepada Great Britain.”

    Komen Biden dibuat selepas beberapa minggu pegawai Rumah Putih enggan mengkritik rancangan Truss, walaupun mereka menekankan bahawa mereka memantau kejatuhan ekonomi dengan teliti.

    Beliau bercakap kepada pemberita di kedai ais krim Oregon di mana beliau membuat perhentian tanpa pengumuman untuk mempromosikan pencalonan calon gabenor Demokrat Tina Kotek, ketika Demokrat di seluruh negara menghadapi persekitaran politik yang sukar di tengah-tengah kritikan GOP terhadap pengendalian ekonomi mereka.

    Biden berkata beliau tidak bimbang tentang kekuatan dolar, ia mencatat rekod baharu berbanding Pound Britain dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang memberi manfaat kepada import AS tetapi menjadikan eksport negara itu lebih mahal ke seluruh dunia.

    Presiden berkata ekonomi AS ‘memang kukuh’.

    “Saya bimbang tentang seluruh dunia. Masalahnya ialah kekurangan pertumbuhan ekonomi dan dasar yang kukuh di negara lain,” tambahnya. – AP

    Gambar fail menunjukkan Presiden Joe Biden bercakap tentang mengurangkan kos untuk keluarga Amerika di Pusat Komuniti Portland Timur di Portland, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...